Tuesday, December 1, 2009

already gone..

Remember all the things we wanted
Now all our memories they're haunted
We were always meant to say goodbye

Even with our fists held high
It never would've worked out right
We were never meant for do or die

I didn't want us to burn out
I didn't come here to hold you, now I can't stop

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

Looking at you makes it harder
But I know that you'll find another
That doesn't always make you want to cry

Started with a perfect kiss then we could feel the poison set in
Perfect couldn't keep this love alive
You know that I love you so, I love you enough to let you go

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

I'm already gone, already gone
You can't make it feel right when you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on so I'm already gone

Already gone, already gone, already gone
Already gone, already gone, already gone, yeah

Remember all the things we wanted
Now all our memories they're haunted
We were always meant to say goodbye

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

I'm already gone, already gone
You can't make it feel right when you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on so I'm already gone

this song make me cry..huhu.. but it doesn't matter coz i'm already gone..

Sunday, November 8, 2009

mesej...

hmm.. dh lama tol sy x postkan n3.. dh bersawang pn blog sy ni.. sebenanya bz ngan exam..hehe..tp itu bukan sebb nya pn.. sebenanya sy pn xtau ape yg nak dibebelkan dlm blog ni..exam sy tggal 1 jer lg..itupn 19hb nnti..ada lg 2 mggu utk sy besukaria.. huahua.. sebenanya nk balik kg..tp ni kan sem last.. nak luangkan masa besama teman2.. lgpn sebenanya banyak lg perancangan..tggal sem ni jer yg rancangan tu leh ditunaikan. huhu..nnti bila masing2 dh bz ngan ngaja, dh bekeluarga msti la kurang masa ngan teman2 kan.. so masa masih single-mingle ni lah bley enjoy ngn member2..
sekarang ni schedule aku..dok ngadap tv, main intenet, tdo..xtau nak wat aper.. ari ahad ni xder cite best sgat kat tv.. so sy pn layan jer citer tamil kat tv.. x tgok pn dri awl.. tgok masa nk dekat abis jer masa tu..kdg2 citer tmil ni best juga layan..ada msej juga.. cuma tang volume tu sy pelahankan skit la..hehe.. mlm jumaat tu ada gak cite tamil kat tv 2..stat kol 1..mula2 lwak jer citer tu.. memang bnyak la msej yg dismpaikan..citer yg sy tgok tu ada Rajnikand belakon..wlaupn dia bukan pelakon utama..tugas dia hnya memberikan nasihat kpada pnduduk kg.. antara nasihat dia thadap heroin dlm cita tu..kita akan lebih bahagia bersama (kahwin) dgan orang yg mencintai kita dripada org yg kita minat.. dlm cita tu tu Valli( nama heroin dlm cita tu) mengimpikan seorang lelaki yg pandai dlm serba serbi.. dlm masa sama ada pemuda kmpung yg cintakan dia n sggup berkorban apa shaja demi Valli.. Valli berjumpa lah seorang lelaki bandar sperti yg diimpikan nya..tp rupanya lelaki tu hnya mempergunakan dia.. tp yg best part dlm citer ni, bila semua penduduk kg bersatu cari laki bandar tu bgi menuntut keadilan untuk Valli..
begitulah dlm hidup ini..kadang2 yg kita selalu mengimpikan sesuatu..menginginkan sesuatu yg bukan hak kita..sedangkan kita dh ada hak kita sendiri..cuma kdg2 kita x menyedarinya..

Thursday, October 15, 2009

makan-makan


duduk bersila je kakak2 yer..

bila ckap pasal open house ni, dlm fikiran kita ingat pasal raya jer.. hmm x semestinya ari raya jer tau.. bila2 pn bley..tetamu yg dtg tu membwa berkat.. tp penat gak lah kdg2 tu..ish..ish.. mengeluh plak sy ni..klau kat umah sy, umah betol di kmunting tu..bukan umh sewa kat tg mlim ni.. xder nyer wat open house..mak kata tiap2 ari ader open house..x semestinya ari raya...tp kan segan gak lau kat umah xder apa2 nk hidang except kueh raya..so sy lebih suka lau org dtg umah bgtau dlu.. bley la masak2 yg special skit..tp ader yg x kisah kan sbb bg mereka yg penting niat untuk berziarah..
ari ahad aritu.11hb Oct bersamaan 22 syawal 1430, sy wat open house kat umah sewa sy..tp x jmput rmai pn..skit jer..mklumlah bajet xder..lgpn x reti nk masak utk bnyak2 org.. sebenarnya memang teringin nk masak2 utk kwan2 yg selama ni dok menyokong sy, syg kat sy, n semua la pasal sy..hehe.. maka sy n rmate sy pn bersama2 trun ke dpur utk memasak.. menu kitaorg aritu nasi tomato+ayam masak merah+acar timun (kat kg sy pggil jelatah..pelik skit kan..hehe).. 1st time sy wat nsi tomato..alhamdulillah menjadi la juga..thankz fifi sbab sudi kgsi resepi nk wat nasi tomato.. makacih gak kat niza,ida, fidah n fiza sebb tolong.. n thankz gak kat kwan2 yg dtg.. kalau ada duit lebih skit..insyaallah..ingin kujemput ramai skit kwan.. harap2 berkesempatan n dipermudahkan segalanya

Wednesday, October 14, 2009

episod sedih dah berlalu

waa..boringnya..intenet kat umah sewa sy dah xder dekat 2 mggu.. agak bosan gak r..slalu bila ader intenet dok ngadap laptop jer keja sy ni.. hehe.. lpas ni kena ngadap buku jer la.. exam sy 5, 6 n 19 november.. sem ni ader 3 paper jer.. mklumlah sem akhir.. hmm.. x sabarnya nk abes blaja.. x sabar rasanya nk rasa alam guru yang sebenar.. msti banyak cabaran nya kan..kan.. masa dok blaja ni pn cbaran nyer leh tahan gak.. sbenanya sy bru jer melepasi 1 episod sedih dlm hidup.. aper yer.. hehe..masa mula2 tu agak sedih gak.. menangis? mesti lah ader kan..hihi..maklumlah org prmpuan type sy ni..nangis jer yg tau..huhu..tp tau tak lpas dah nangis puas2..lega rasanya.. tp trauma ngan fobia tu masih ada.. neway bnyak hikmah n pengajaran yg sy dapat.. 1) kebahagiaan tu hanya pinjaman, bersyukurlah sementra ia ada, seperti kta org langit itu tak selalunya cerah... 2) jgn wat kptusan terburu-buru, tp bila dh wat kptusan jgn kita mnyesal, mgkin ader hikmah yg tersembunyi... 3) kita masih ader org yg tersayang, thankz wat kwan2, adik yg sudi dgar rintihan ngan luahan hatiku,cma mak ngan abah jer blom tau, segan n malu nk bgtau my prob n blum ader kekuatn nk bgtau...4)jagn terlalu excited dgan sesuatu yg x pasti, mcam pepatah mendengarkan guruh d langit, air d tempyan dicurahkan...5)cintailah ALLAH n rasul SAW, sesungguhnya cinta itulah yg paling kekal n abadi...6)yakin ada kebahagiaan yg lain masih menanti, selepas ujan masih ader pelangi dan bersabarlah menunggu sang suria muncul kembali...
episod sedih takkan selamanya sedih kalau kita tak berusaha menulis kesudahan yg gembira.. xbest kalau novel hidup x ada kisah duka n mencabar, mcm cuaca yng memerlukan panas dan ujan.. begitulah aturan alam.. yakinlah di setiap ujan masih ada pelangi, di sebalik awan masih ada mentari, di sbalik hitam malam masih ada sang bintang, di sebalik kesdihan masih ada sinar kegembiraan.. bersabarlah sang hati.. la tahzan..

Tuesday, September 29, 2009

puasa enam

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.

Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.

Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.

Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.

Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya' bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.'

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

"Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)."

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar' terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

Thursday, September 24, 2009

ke mana hilangnyer semangat hari raya??

hm.. raya ni aser x bersemangat laa.. ntah la naper.. mgkin sebab dah besar kot.. kemeriahan tu dah semakin luntur.. raya taun ni pn cam raya taun2 lepas.. xder gmbar 1 famili.. b4 smbahyang raya x sempat nk bergmbar.. balik jer solat, abah ngan adik laki nk g berya umah jiran2.. sy ngan my siss sempat beraya sebuah umah jer raya kali ni.. cz abah ngan mak nk balik kg awl.. nk tgok tok yg sakit kat kg...
raya taun ni pn sy x leh beraya kat mana2.. sebab xder kenderaan.. keta kancil akak sy gna bwa g tmpat kerja dia.. lgpn sy x baper cekap lg bwa keta.. insyaallah.. abis sem ni, lau der duit nk beli jer keta 2nd hand.. nnti leh gak praktis bwa keta sendiri.. nnti sy nk g praktikal senang la skit.. dah la lesen moto sy xder.. lgpn moto yg leh gna pn tggal 1 jer kat umah.. slalu ayah ngan adik bgsu sy gna moto tu..hmm.. janji hanya tinggal janji.. huhu.. xper la.. sy tggu bulan 1 taun 2010 ni.. nak lihat sma ader janji tu ditepati or x..

Saturday, September 12, 2009

jalan TAR..

waa..penat nyer arini.. sy dah 3 member g jln tar siang td.. wuu..lau org tanya kat mana jalan TAR, yg sy tau dekat ngan jalan masjid india.. kami bertolak dri tg mlim kol 9.. n ambik tket balik kol 5 ptg.. banyak tol gerai kat sana.. memang rambang mata la.. dengan lautan manusia.. sy memang nk cri baju raya kat sna.. mak pesan soh sy cri baju yg lawa2 skit..suruh sy melaram skit.. yer la sy pn perasan..baju sy selama ni biasa2 jer..tp kali ni terngin gak nk melaram di pagi raya..:) lau leh nak cri fesyen ala-ala Dato CT tu..tp rega dia..mahal sgat lah.. lau ader yg berkenan pn, saiz xder lak..huhu.. last kali beli bju kurung biasa ngan jubah jer..jubah??? hihi.. tiba2 rasa teringin pakai jubah..n sy beli tdung CT gak..x dapat baju..dpat tudung CT pn jadi laa.. n beli beg raya gak.. nnti leh kumpul duit raya..hehe..dah tua2 camni ader ker org nk bg duit raya kat sy..wuuu.. x aci.. nk gak duit raya.. nak gak...memang penat berjalan siang td..smpai 'cramp" kaki ku ini.. dlm 3.20 sy dn member benti shopping.. bkan sebab sy penat..tp sebab duit dh abes..waaa.. kad bank memang sengaja x bwa ni..lau bwa dh lama g cucuk td..hehe..maka sy dn teman g r masjid jamek utk solat zohor + asar.. waa nmpak bubur lambuk la yg dah siap pek dlm periuk kat msjid jamek tu.. bley ambik ker.. teringin gak nk rasa bubur lambuk masjid jamek..xder org pn jaga kat situ..xper la..cri bubur lambuk kat tg malim jer la.. aiseh lupa lak.. kat kg sy pn ader gak wat bubur lambuk sepanjang Ramadhan ni..nek bas kol 5.. memang penat la..dlm bas memang lena rr tdo..jaga pn masa dekat tol tg malim.. waa.. berakhirlah xpdc ke jalan TAR..

Thursday, September 10, 2009

donat ..vs donno


semalam blaja wat donat ngn cik irah..hehe..thankz ajar sy wat donat..ni lau wat sorang2 cnfirm x jd donat nyer..nnti sy postkan gmba donat yg ktaorg wat.. thankz gak kat diana cz tlg betulkan donat sy yg x baper menjadi tu..n thankz gak kat kwan2 yg bg sokongan moral..tp memang best lah wat donat ni.. nnti bley wat lg kan.. blik umah nnti nk try lah wat..itupn lau rajin n menjdi donat ku..hehe.. arini dh pakat ngn budak umah nk berbuka puasa bersama2 kat kedai.. sonok nyer..ptg ni pn nk belajar kat sifu wat buah melaka atau nma lain nyer onde-onde.. feveret sy tu.. hehe.. 3 kuih yg paling sy minat.. buah melaka, tepung pelita n seri ayu.. waa.. sedapnyer.. (sedang berpuasa ni)...

Tuesday, September 1, 2009

tak terlambat lg rasanya..

salam Ramadhan.. agak terlambat skit la wish.. maklumlah dah lama x update blog ni.. blog ni pn idup segan mati x mau..hehe.. skejap jer kan..dah masuk fasa ke-2 Ramadhan al-mubarak ni.. fasa maghfirah..hmm.. dgar tazkirah td masa solat terawih..ustaz tu pesan kita banyak kan lah berdoa memohon keampunan.. isk3.."dosa-dosaku menggunung tinggi, tp taubat ku tak ku tepati"..
nnti2 lah ak update lg blog ni.. dh tepu pikiran ni.. aku ni bab ckap2, pot pet ni bley rr.. but nk tulis balik tu yg susah tu.. ape pn.. selamat beramal.. ibadah didahulukan, iman diutamakan..hehe

Epilog Silam-Haikal

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Saturday, August 15, 2009

bila lak time aku yer???


hmm.. tgah bosyan ni.. yer la tu.padahal lab report tse x siap lg ni.. stdy utk tko ngan tse pn belom lg.. ak ni pemalas sgat ker.. (sedang bertelaku: sedar or x sedar ni?).. bila la time ak nk ubah sikap 'M' ak ni..ish..ish..bila lak time aku yer??
baru lpas anta gmba konvo my 1st sis kat email dia.. beshnya dia dh knvo.. aper pn tahniah lah ye kak.. bila lak time aku yer?? insyaallah taun depan..
bestnyer mysis tu.. 'yg tersayang' sanggup dtg dri ipoh nk lihat dia konvo.. jelesnyer ak.. ak jeles yg +ve tau.. sonok tgok org bahagia.. bila lak time aku yer??
(p/s: 'yg tersayang" tu buah hati mysis lah.. my family of coures lah dtg.. meraikan my sis pnya konvo)
tgok org bersama, berdua, bertiga( jap ader ke..huhu)..aku ad gak sdikit jeles.. sdikit jer tau.. yer la.. smetime t'ingin gak ader org yg caring kat kita.. sms..call ker.. but no one... ak jual mahal ker..or aku ni x laku.. nehi..nehi.. laku lagi tau..hehe..bila lak time aku yer??
hmm.. camner lak ak nk ader "yg tersayang' lau kuar ngan laki pn ak takot.. bkan tkot aper..tkot tergagap..oohh lidah ku kelu..speechless padahal ak ni bnyak gak mulut ngan member pmpuan ak.. dlm alam maya aku leh jer sakat2 , wat lawak n jadi d true of myself.. but in reality aku x berani lak..bila lak time aku nak berani yer.. plez someone help me..bila lak time aku yer??
kpada sesiapa yg ak penah tolak ajakn kuar ngan dorang..g wayang ker..mkan ke.. main boling ker..jumpa ker.. ak minta maap sgat cz xdapat kabulkan nyer dlu.. coz aku xder kekuatan lg masa tu.. yer.. ak tau korang ajak ak kuar sbgai K.A.W.A.N but ak still x berani.. bila lak aku leh jd dri ak yg sebenar di dpan insan bernama ADAM..bila lak time aku yer??
gerun jer tgok angka kematian yg bertambah setiap ari.. H1N1, excident, sakit n etc.. banyak dh ker amal ak.. takotnyer.. amal ak masih x cukup..dosa pn slalu wat..huhu.. bila nk insaf ni..bila lak time aku yer??
bila lak time aku yer?? tunaang, kawen..hihi..
bila lak time aku yer??
bila lak time aku yer??

Friday, August 7, 2009

runsing nyer hatiku ini...:(

isu apa lg ni?? mstilah isu pasal nk wat praktikal kat mana.. tgah riso ni..kat mana la sy ditempatkan agaknya yer.. aritu sy pilih wat sekolah dkat kg halaman jer..tp xtau dilluluskan ke x.. sebb member ada yg xdpat sekolah pilihan dorang.. myb sekolah tu dh penuh kot.. sy ni camner lak.. banyak kali kol nset lecturer tp x diangkat lak.. kuciwa sungguh hatiku ini..sob..sob.. sedih sgat.. sbab kedit pn dh abih sebab masuk voicemail.. (celcom ni.. ni yg cek x berkenan ni )..
tawakal jer lah.. tggu jer lah kputusan isnin ni.. nak AFundi xleh lak..

Tuesday, August 4, 2009

sendirian....

boring gak dok umah.. semua org g sekolah.. dok sorang2 je kat umah.. basuh baju dah, absuh pnggan pn dah, nyapu rumah pn dh.. bosannnn nyer.. ym pgi2 buta ni pn bukan ad org pn.. lgpn lpas ni xleh la ym waktu mlm (msa dok umah jer).. bukan aper nk galakkan my younger bro tu stdy.. mak ngan abah bising gak kat sy sbb tgok sy asyik dok dpan pc jer.. hehe.. nk wat aper lg kan.. all my sis semua x balik.. so xder geng la nk nyembang..
ekceli ad keja kena siapkan... tp biasa r, org mcm sy ni kan.. nak smpai garisan pnamat bru nak bertungkus lumus..(amaran keras: jgn mencontohi aksi pemalas ni yer).. smalam g wat research kat sekolah mak.. sy wat tjuk math problem solving..kena interview student jer.. itupn dah gabra semacam.. nasib baik bukan interview ckgu.. mujur ada mak, mak yg tolong jd org tgah nk cari responden utk sy.. thankz mak...
lpas ni kena dgar la aper yg sy dh record tu utk ditranskrip kan.. semalam sempat wat transkrip utk sorang responden jer.. tu pn ader yg dpat tgkap ader yg x.. memang nk gelak la dgar sora sndiri yg direkodkan.. haha.. ptg ni smbung balik la keja tu... lau bley memang nk abiskan b4 cuti ni abis...da..da..

Friday, July 31, 2009

setiap sesuatu ada hikmahnya

hmm.. macam2 berlaku dalam minggu ni... dalam dok pikir kat mana nak wat praktikal, tiba2 upsi terpaksa ditutup sebab ada pelajarnya positif H1N1.. hmm.. benarlah setiap sesuatu ada hikmahnya..semua pelajar diarah pulang.. katorg dpat cuti seminggu.. bley la aku nak wat research masa ni...pasal H1N1 ni semua org perlu berhati2 yer.. jaga kesihatan yer.. lau da rasa nak demam tu cepat2 lah g hospital yer..

hmm aku masih pening lg pasal nak wat praktikal ni.. dlam dok pening ni, aku stil gak anta mesej kat en azman (lecturer yang uruskan psal penempatan pelajar utk praktikum).. hmm..semua member aku nak wat praktikal berdua.. aku jer yg sorang2.. sebab aku mesti lah nak wat kat umah aku kan.. tp lau ajak sorang je member payah la.. xkan dia nak sewa umah sorang2.. lgpn masing2 nk wat kat tempat dorang.. macam aku gak..huhu.. bukan aku xnk wat berdua.. lgpn xder sekolah yg dekat antara satu sama lain..xper la..wat sorang pn xper la.. mgkin ad hikmahnya.. mana lau tau kot masa posting nnti tercampak sorang2 ker.. ni dok umah, bley gak minta tolong kat mak..
da..da..dlam hati dok riso ni..

Friday, July 24, 2009

macam nak demam...

hmm..macm ke dah demam ni...dah baper hari selsema ni.. nk g klinik malas lak.. yer la jauh sangat.. nnti sampai je dpan klinik baik lak.. nsib baik ader lg ubat selsema sem lepas.. mkn yg tu dlu lah.. hmm.. bila sakit ni, baru la nak muhasabah diri.. da wat dosa ngan org ker.. takot gak.. yer la hati org lain2.. tp dosa ngan Tuhan lg lah banyak..hmm..mybe demam ni kifarah utk dosa.. sok nak g KL lg.. roomate balik kg ngn kuar arini.. bosan gak dok umah td.. demam , makn ubat, tido. jaln2 sok dpat xcercise skit..

Thursday, July 16, 2009

besday mak..


harini besday mak.. sok sy n all my sis nak balik kg.. ingat lau bley nak celebrate besday mak.. about my mom ni...she is teacher.Maybe she looks like strict but she also supportive and caring for me (sy ni degil n sensitive skit between her daughter). She hardly to express her feeling, but she know and understand her son and daughters needs. She fulfill her responsibility as a lovely mother for us.. I love mom… td g pekan nak cari hadiah utk mak.. tp x jd, tertarik dengan sekeping kad, yg agak cantik, ada muzik n harga pn agak murah la berbanding kad2 muzik yang lain. bg mak x kisah pn, selagi anak2 makbelajar bersungguh2 dan menjadi org yg berguna pn dah cukup bg mak.. td mak call, sy wish la selamat hari lahir n semoga panjang umo. Mak kata doakanlah mak sihat, kalau panjang umo tp x sihat, nanti mak susahkan anak2 lak.. mak..mak.. sy selalu berdoa agar ALLAH kuatkan iman dan jadikan sy seorang anak yg taat dan x lupa kepada jasa mak..bagi sy pn kuat semangat seperti mak.. selamat hari lahir mak.. semoga mak sihat n dilindungi ALLAH.. ana sayang mak..

Wednesday, July 15, 2009

solat

RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah keadaan engkau?"

raja iblis : "Itulah sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah seluruh badan hamba dan lemahlah tulang sendi hamba, maka pada waktu itu, hamba menyuruh puluhan syaitan iblis menggoda setiap orang yang hendak bersolat menerusi anggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya was-was dalam solatnya serta terlupa bilangan rakaatnya. Mereka juga akan bimbangkan pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan solatnya. Sesetengah iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat supaya ia tidak kusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau menjeling ke kanan dan kiri semasa solat. (Maka) tidaklah tetap hatinya serta hilanglah kusyuknya. Sesetengah iblis memasuki telinga orang yang bersolat supaya memasang telinga mendengar perbualan orang, bunyi-bunyian dan sebagainya - yang sia-sia belaka. Sesetengah iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupaya lama-lama semasa bersujud atau bertahiyyat. Di dalam hatinya sering bekehendakkan agar solatnya segera tamat dan ini tentunya akan mengurangkan pahala solat. Jika sekelian iblis berkenaan gagal menggoda seperti yang demikian, nescaya mereka akan hamba hukum seberat-beratnya.

solat itu tiang agama. bersama2 lah kita menjaga solat kita..

Monday, July 13, 2009

pernah ke anda minat sesuatu sampai......

hmm... sy ni minat gak r baca komik penyiasatan ni. especially penyiasat remaja. masa kecik2 dlu sy slalu r baca but member punya buku. so xder 'can' r nak menghayati citer tu betoi2..sy pn cari2 gak kot ader tmpat yg jual koleksi komik penyiasat remaja hajime kindaichi ni dgan harga yg murah.. tp xder. saper yg penah kumpul pn, mesti rasa syg nak jual kat org lain kan. lpas sy survey, ader le tmpat jual koleksi lama2 hajime kindaichi. sy pn g r Comics Paradise kat sg. Wang Plaza n dpatkan semua koleksi penyiasat remaja yg sy xder. harga tu memang mahal lah beb.. but dah minat.. huhu..

Friday, July 10, 2009

gotong royong rumah

salam... alhamdulillah dapat juga mengemas umah.. malam jumaat aritu, tugas dah dibahagikan.. bilik kitaorang (5 members) dapat job bersihkan dlam umah, kemaskan kotak bawah tangga n susun kasut.. kebetulan arini semua kelas smpai kol 10pg jer, so kitaorang pn ambik keputusan nak watpetang arini, lgpun sok semua nk kuar.. lepas tu kitaorang bersihkan balkoni kat bilik kitaorang, almaklumlah dah 2 bulan x balik, maka burung2 jadikan balkoni kitaorang sbagai tandas..hehe.. but ader hikmahnya, balkoni dah jd bersih.. lepas ni saper nak 'gayut' lama2 selesa lah sikit. kerusi pn ader. :)..
ptg td aku ngan roomate makan megi..huhu, x baik makan megi. x baik untuk kesihatan. tp yg xbaik tu lah lg org nak kan.. yer la, macam rokok. dah terang2 kat kotak rokok tu letak amaran bahaya rokok, siap ader gmbar kesan merokok lg.. tp? naper ader yg merokok yer.. aku x nak cakap lebih2.. lu pikirlah sendiri (tiru ayat nabil jap)... malam ni kkena iron baju nak pakai g kl siap2.. tket bas kul 7pg..huhu..awal giler kan.. rmate ckap g awal bley tolong makcik2 kat pudu buka gerai2 diaorang.. adohai..macam2.. sok kena bangun waktu sahur la..gege.. maklumlah 'ladies' ni..mandi lama skit.. aku dah 'cop' turn ke-3 mandi..

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI...akhirnya...

Sains, Matematik dalam bahasa Melayu mulai 2012

08/07/2009 2:50pm

PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.

- Utusan

Alhamdulillah.. keputusan kerajaan ni aku smbut baik sangat.. bukan bermakna cikgu math & sains x bagus dlm bi, tetapi setiap manusia mesti ader keupayaan dan limit nyer.. apatah lg untuk student kat sekolah tu.. cam adik aku..terkial2 nak wat latihan math dlm bi.. nasib baik buku latihan dia dwibahasa.. lepas tgok versi melayu..baru dia paham.. bukan x pandai math.. tp sebab lemah bi.. hehe..aku pn lemah bi gak.. honestly..aku ni x la baper minat sgat subjek bi ni.. tp aku kan improve kan bi aku ni.. demi kepentingan sejagat..

dah bermula sem 7

hmm.. Alhamdulillah.. sedar x sedar dah smpai pun ke sem 7. cepat betul masa berlalu kan.. jadual sem ni ok.. tiap hari ader kelas.. tp yg x bestnya.. sy banyak terpisah kelas ngan member2 sy.. huhu..x best r xder 'gang' dlm kelas.. nnti xleh sembang dah dlam kelas.. kena dok sorang2..hehe..
ingat mggu ni nak g genting.. tp tket nyer lmbat lak..terpaksa lah cancel..myb belum ader rezeki kot nk g sana.. plan pn dah bertukar..juz g 'round-round' g kL jer lah nnti..

Tuesday, June 30, 2009

baru buat blog...

moshi2...testing 1, 2, 3...
hehe, jadi juga blog aku akhirnya...=)