Wednesday, July 8, 2009

PPSMI...akhirnya...

Sains, Matematik dalam bahasa Melayu mulai 2012

08/07/2009 2:50pm

PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.

- Utusan

Alhamdulillah.. keputusan kerajaan ni aku smbut baik sangat.. bukan bermakna cikgu math & sains x bagus dlm bi, tetapi setiap manusia mesti ader keupayaan dan limit nyer.. apatah lg untuk student kat sekolah tu.. cam adik aku..terkial2 nak wat latihan math dlm bi.. nasib baik buku latihan dia dwibahasa.. lepas tgok versi melayu..baru dia paham.. bukan x pandai math.. tp sebab lemah bi.. hehe..aku pn lemah bi gak.. honestly..aku ni x la baper minat sgat subjek bi ni.. tp aku kan improve kan bi aku ni.. demi kepentingan sejagat..

No comments:

Post a Comment